Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa Kasman Kasa, 39, yang merupakan penumpang kenderaan itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah memaklumkan, kejadian berlaku selepas kenderaan yang dipandu mereka melanggar bahagian belakang sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan.

“Balai Bomba dan Penyelamat Beluran menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.38 malam dan terus bergegas ke lokasi kejadian sejauh 45 kilometer dengan menggunakan dua buah jentera bersama lapan anggota.

“Seorang mangsa yang merupakan pemandu berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan terus dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut manakala mangsa kedua disahkan meninggal oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Operasi tamat pada pukul 12.44 pagi tadi. - UTUSAN ONLINE