Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, bas dinaiki 42 orang tersebut dalam perjalanan menghala ke arah Kuala Lumpur sebelum hilang kawalan dan terbalik.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.34 petang dan menghantar sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang ke tempat kejadian.

“Dua pasukan bomba dari BBP Bentong dan Genting Highland sudah berada di tempat kejadian untuk kerja menyelamat dan laporan awal yang kita terima mengesahkan seorang maut, seorang cedera manakala dua lagi tersepit.

“Semua mangsa dihantar ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut,” katanya. - UTUSAN ONLINE