Kemalangan itu mengakibatkan pemandu kereta berkenaan tersepit di tempat duduk pemandu manakala pemandu bas tersebut tidak cedera.

Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar dikejarkan ke tempat kejadian dan mangsa berjaya dikeluarkan lebih dua jam kemudian.

 

Difahamkan pihak bomba mengambil masa lama mengeluarkan mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian kerana keadaan kereta remuk teruk selepas melanggar bahagian depan sebelah kanan bas berkenaan. - UTUSAN ONLINE