Dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 tengahari itu, mangsa Rizal Rudi, 25, mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia kira-kira pukul 4.15 semasa menerima rawatan di Hospital Lahad Datu, di sini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, kejadian tersebut membabitkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori tangki, pacuan empat roda jenis Toyota dan sebuah motosikal.

“Hasil siasatan mendapati, kemalangan berlaku semasa mangsa yang menunggang motosikal dari arah Lahad Datu menuju ke Jalan Sandakan.

“Apabila sampai di kawasan selekoh, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan dan merempuh bahagian tayar belakang lori tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hamzah menambah, susulan kemalangan itu juga, mangsa kemudiannya tercampak dan dilanggar sebuah pacuan empat roda yang datang dari arah belakang.

“Mangsa juga mengalami kecederaan parah termasuk putus tangan sebelah kiri, patah bahu dan jari kanan selain patat kedua-dua belah kaki.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE