Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, gesaan ini bukan bererti kerajaan cuba campur tangan dalam pengurusan pusat-pusat tahfiz dan hal ehwal agama Islam, sebaliknya melihat dari sudut keselamatan.

Malah, katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah menyediakan latihan kebakaran untuk pusat-pusat tahfiz serta mewujudkan pasukan bomba sukarelawan di pusat masing-masing.

“Saya ingin ulangi bahawa kita ada Dasar Pendidikan Tahfiz Negara dan ini harus diikuti walaupun sementara (sedang dirangka). Ciri-ciri keselamatan yang digunapakai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat mesti diikuti,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke lokasi kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Keramat Ujong, Datuk Keramat di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE