Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sekelip mata hilang tiga orang tersayang

Mohd, Sharkar Shamsuddin (kiri) menenangkan Normanisyam (dua dari
Mohd, Sharkar Shamsuddin (kiri) menenangkan Normanisyam (dua dari kiri) yang sedang meriba anak bongsunya di Masjid Teris di sini, hari ini.

TEMERLOH 19 Mei – Kemalangan di Kilometer 155 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini semalam mengubah episod kehidupan Normanisyam Mohd. Norrdin, 36, yang kehilangan tiga orang tersayang sekali gus dalam nahas tersebut.

Kemalangan kira-kira pukul 7 petang itu meragut nyawa isterinya, Norrahimah Mustafa, 29; anaknya, Mohd. Yusof Afif, 3, dan ibunya, Permai Jaafar, 55, yang tercampak keluar dari kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza dinaiki mereka ketika dalam perjalanan dari Kuantan ke Lanchang.

Dua lagi anak Normalisyam, Noraliya Ashikin, 6, dan Mohd. Yusof Haras, 1, mengalami kecederaan ringan dalam kejadian yang dipercayai berpunca daripada tayar MPV dinaiki 10 sekeluarga tersebut pecah sebelum terbabas dan terbalik beberapa kali.

Tinjauan Utusan Malaysia di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teris di sini hari ini mendapati, suasana pilu menyelubungi majlis pengebumian ketiga-tiga mangsa apabila Mohd. Yusof Haras yang didukung Normanisyam tidak henti-henti menangis manakala lelaki itu juga kelihatan tidak dapat menahan perasaan sebak.

Noraliya Ashikin yang merupakan anak sulung Normanisyam turut kelihatan menangis sambil ditenangkan oleh ahli keluarga mereka yang lain.

Menurut Normanisyam, dia reda de­ngan kejadian itu dan akan membesarkan kedua-dua anaknya dengan penuh kasih sayang.

“Kejadian berlaku dengan pantas semasa kami sekeluarga seramai 10 orang dalam perjalanan pulang ke Kampung Teris, Lanchang dari Kuantan. Buat masa ini tiada apa lagi yang dapat saya katakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengkebumian tersebut.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak maut manakala seorang cedera parah selepas kenderaan jenis Toyota Avanza dinaiki mereka terbabas dan terbalik beberapa kali sebelum me­langgar penghadang jalan di Kilometer 155 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan.

Sementara itu, bapa kepada Norrahimah, Mustafa Bakar,70, berkata, tindakan cucunya, Mohd. Yusof Afif yang datang tiga kali ke rumahnya di sini kelmarin untuk mengucapkan selamat tinggal seolah-olah memberikan petanda dia akan pergi buat selamanya.

“Sebelum mereka bertolak, tiga kali Mohd. Yusof Afif datang berjumpa dan bersalaman dengan saya kerana katanya hendak ke Kuantan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain