Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.48 pagi itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Ketika pihak bomba sampai di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah.

"Turut terbakar ialah sebuah motosikal jenis Honda EX5 manakala sebuah kereta jenis Proton Iswara terbakar di bahagian hadapan," katanya di sini hari ini.

Jurucakap JBPM berkata, selain itu, seekor anjing dipercayai milik pemilik rumah itu juga turut mati akibat terbakar.

"Kerja-kerja pemadaman dan pengawalan api daripada merebak telah dijalankan dan operasi tamat pada pukul 5.15 pagi," katanya. - UTUSAN ONLINE