Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.05 sebelum menghantar jentera dari tiga balai berdekatan.

Ujarnya, setiba sahaja mereka di sana, didapati terdapat kebakaran sebanyak 20 peratus di tingkat satu rumah kedai tersebut.

“Api berjaya dikawal kira-kira pukul 10.44 dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya kira-kira pukul 11.30.

“Siasatan lanjut akan dijalankan oleh unit forensik bomba bagi mengenal pasti punca dan kerugian sebenar kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE