Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, mayat tersebut ditemukan tersangkut pada bahagian akar pokok di Kampung Sejingkat pada pukul 12.37 tengah hari.

“Nelayan yang melalui kawasan itu ternampak seakan mayat tersangkut pada akar pokok lantas memaklumkan kepada pasukan SAR.

“Pasukan bomba kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian untuk membawa naik mayat sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambahnya, oeprasi SAR itu ditamatkan sekitar pukul 1 petang tadi. - UTUSAN ONLINE