Bagaimanapun kejadian pada pukul 10.25 malam itu, tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa tetapi kediaman kesemua mangsa musnah sepenuhnya.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, api marak dengan cepat dan pihaknya berjaya memadam kebakaran kira-kira pukul 12 tengah malam.

"Setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan dan pasukan forensik bomba juga masih menyiasat insiden ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE