Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima maklumat kejadian tersebut pada pukul 1.10 pagi.

Katanya, pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong seramai 10 orang diketuai Ketua Balainya, Vincent Baling Yabi digerakkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan empat bangunan yang mana tiga telah terbakar 100 peratus manakala kilang papan sekitar 50 peratus.

“Pihak bomba bertindak membuat pemadaman dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.44 pagi,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini sebentar tadi.

Tambahnya, dalam kebakaran itu terdapat seorang wanita warga emas mengalami kecederaan melecur di bahagian tangan dan kaki yang telah dihantar orang awam ke klinik berdekatan sebelum ketibaan bomba.

“Operasi pemadaman itu turut melibatkan pihak polis, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar dan Syarikat Sesco Berhad (Sesco).

“Operasi ditamatkan pada pukul 7.50 pagi tadi dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE