JOFRI JARAIEE
JOFRI JARAIEE

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, Jofri dan ayahnya, Jaraiee Marhaban juga melecur pada bahagian kaki mereka ketika cuba memadam api.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, seramai 18 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dan BBP Lopeng bergegas ke lokasi kejadian untuk me­lakukan kerja-kerja pemadaman api setelah menerima maklumat.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar rumah jenis struktur separuh kekal dua tingkat tersebut.

“Bagaimanapun, kesemua penghuni kediaman itu berjaya menyelamatkan diri. Namun, terdapat dua mangsa melecur pada bahagian tapak kaki mereka.

“Dua mangsa yang melecur kemudian diberi rawatan sebelum dihantar ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, operasi mema­dam kebakaran terkawal sepenuhnya pada pukul 3.40 pagi.

“Setakat ini, pihak forensik bomba masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian akibat kejadian tersebut,” jelas­nya.