Ketika kejadian pada pukul 2 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Alfina, 27, melecur di bahagian tangan berikutan terkena api sewaktu kejadian.

Portal berita SabahNews Today melaporkan, Pegawai Bomba Kanan Dua Balai Bomba Keningau, Tony Sipin berkata, kebakaran terbabit melibatkan empat buah rumah pekerja tidak kekal.

Menurutnya, mereka menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 2.25 petang.

“Setibanya di lokasi kebakaran, kita dapati semua kediaman terbabit musnah terbakar sepenuhnya.

“Bagaimanapun hanya seorang mangsa sahaja mengalami kecederaan, namun berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Tony memberitahu, punca sebenarnya kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.29 petang. – UTUSAN ONLINE