Difahamkan, mangsa yang ditemukan Sabtu lalu juga terkejut dengan kehadiran keluarganya di Lipis kerana dia tidak berasa hilang terlalu lama.

Seorang anggota penyelamat yang membawa pulang Tarmizi, Sabri Zoo berkata, sebaik sahaja ditemukan berhampiran sungai, mangsa yang berada dalam keadaan bingung tidak menyangka dia hilang selama dua minggu.

“Dia memberitahu cuba mencari jalan pulang apabila tersesat selepas mengikuti jejak seorang rakannya.

“Dia yang dalam keadaan letih juga mendakwa mendengar bunyi helikopter di belakangnya sebelum ini,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE