Remaja maut motosikal bertembung dengan kereta
 

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi itu, mangsa, Muhammad Izzat Amirul Jumati, 18, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan berkata, siasatan awal mendapati penunggang motosikal berkenaan dari arah Balik Pulau menuju ke Bayan Lepas.

“Semasa sampai di satu selekoh, penunggang motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

“Sebuah kereta dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian depan motosikal mangsa,” katanya di sini hari ini.

Menurut Anbalagan, akibat pelanggaran tersebut mangsa maut di tempat kejadian.

“Tempat kemalangan merupakan jalan lurus dua hala dan mempunyai satu lorong serta garisan putih pembahagi jalan.

“Keadaan permukaan jalan didapati basah selepas hujan pagi ini,” katanya.

Tambah beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Balik Pulau untuk dibedah siasat dan kea disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE