Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, seorang mangsa berusia 18 tahun maut di lokasi kejadian manakala dua lagi mengalami di bahagian muka dan kaki.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bhak Phai berkata, kemalangan berlaku semasa kumpulan motosikal terbabit dari Sungai Buaya menuju ke Bukit Beruntung dipercayai berlumba di lebuh raya berkenaan.

Ujarnya, tiba sahaja di tempat kejadian mangsa yang maut telah melanggar belakang sebuah lori yang berada di lorong kiri sebelum terjatuh.

“Dua lagi rakannya tidak sempat mengelak dan turut langgar belakang mangsa yang terjatuh.

“Kemudian datang sebuah kenderaan dari arah belakang tidak sempat mengelak dan seterusnya melanggar motosikal dua rakannya yang turut berada di atas lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Bhak Phai, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN ONLINE