Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, pelajar tingkatan dua terbabit sedang menunggang basikal dari sekolah untuk pulang ke rumahnya.

“Lori 25 tan bermuatan beras yang datang dari arah belakang mangsa bergesel dengan basikal remaja terbabit mengakibatkannya terjatuh sebelum digilis lori berkenaan.

“Pemandu lori berusia 38 tahun terbabit kemudian terus memandu ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan polis berikutan bimbang dibelasah penduduk yang menyaksikan kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Ahmad Dzaffir, polis telah membuat ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori terbabit dan mendapati pemandu itu bebas dari pengaruh dadah.

“Bagaimanapun kita akan dapatkan perintah reman terhadap pemandu terbabit esok bagi menjalankan ujian darah di Hospital Kajang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987, iaitu memandu kenderaan secara melulu menyebabkan kematian,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE