Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, mangsa, Mohd. Firduas Ismail dari Kampung Binjai di sini, ditemukan ketika bomba meneruskan operasi dengan meninjau permukaan sungai berkenaan.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada 7.20 petang dan bergegas ke lokasi dengan kekuatan tujuh anggota.

“Alhamdulillah, gerakan mencari dalam tempoh yang singkat dan dipermudahkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dihantar ke Unit Forensik untuk bedah siasat.

Menurut penduduk, mangsa bersama beberapa rakan dikatakan berenang menyeberangi sungai berkenaan untuk pulang ke rumah selepas berjogging, bagaimanapun rakan-rakannya selamat ke seberang.

Mangsa adalah pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petai, dekat sini. - UTUSAN ONLINE.