Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, mangsa, Muhd. Nor Hakim Nor Saigi, 18, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki KLX 150 gagal memotong bas yang berada di lorong sama sebelum terjatuh dan digilis bas tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE