Difahamkan mangsa, Muhammad Firdaus Ismail bersama tiga lagi rakan sebelum ini berjoging dan mengambil keputusan menyeberangi sungai berkenaan untuk mendekatkan jarak pulang ke rumah.

Rakannya gagal untuk menyelamat mangsa yang lebih dikenali dengan nama Syawal sebelum mereka meminta bantuan penduduk berdekatan untuk menghubungi pihak bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada pukul 7.20 malam.

LOKASI seorang remaja dikhuatiriblemas di Sungai Binjai, Tebing Tinggi, Pasir Puteh petang ini. - UT

LOKASI seorang remaja dikhuatiriblemas di Sungai Binjai, Tebing Tinggi, Pasir Puteh petang ini. - UTUSAN ONLINE

Gerakan menyelamat masih diteruskan oleh anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam di persekitaran lokasi sebelum kehadiran unit scuba bomba untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE