Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rakyat Malaysia terlibat dalam pelanggaran kapal di Singapura

Kapal Kartika Segara
Kapal Kartika Segara

SINGAPURA 13 Sept.- Seorang rakyat Malaysia adalah antara 12 anak kapal korek JBB DE RONG 19 yang didaftar di Republik Dominika yang berlanggar dengan sebuah kapal tangki yang didaftar di Indonesia, KARTIKA SEGARA di perairan Singapura kira-kira 1.7 batu nautika barat daya Sisters Island.

 

Pelanggaran menyebabkan kapal korek itu separuh tenggelam.

Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) yang dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 12.40 tengah malam berkata 11 lagi anak kapal itu merupakan warga China.

Ia berkata tujuh daripada anak kapal telah dibawa untuk rawatan di Hospital Umum Singapura  sementara lima lagi tidak  dapat dikesan.

MPA berkata 26 orang anak kapal KARTIKA SEGARA tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian dilapor berlaku ketika kapal korek itu sedang berlepas dari laluan barat sementara kapal tangki itu sedang menuju laluan timur.- BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain