Difahamkan, ribut bermula pukul 10.30 malam itu mengakibatkan pokok tumbang di beberapa kawasan di Seberang Perai, Georgetown serta di Balik Pulau.

Antara lokasi yang terlibat ialah sekitar jalan di kawasan Paya Keladi, Kepala Batas, Tasek Gelugor, Jalan Baharu di Balik Pulau dan Batu Feringghi.

Selain itu, berlaku juga kejadian pokok tumbang sehingga menghempap kenderaan.

Ribut itu juga dilaporkan mengakibatkan premis serta kediaman rosak terutama di bahagian bumbung akibat diterbangkan angin.

Bagaimanapun, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, Jurucakap Majlis Perbandaran Seberang Perai ( MPSP) memaklumkan pihaknya sudah mengaktifkan Pasukan Pengurusan Krisis dan Respon Team MPSP bagi membantu kawasan yang terlibat dengan kejadian ribut.

Sehingga pukul 11.15 malam ini hujan masih lebat berserta angin.- UTUSAN ONLINE