Memetik laporan MHETV, difahamkan, kemalangan tersebut berlaku pada pukul 1.15 petang tadi di Jalan Keretapi Lama di Kapar, Selangor menghala ke Kampung Tok Muda.

Melalui gambar yang tersebar, kelihatan kereta tersebut menjunam ke dalam parit dan remuk di bahagian sisi kanannya.

Walau bagaimanapun identiti pemandu dan nasib penumpangnya masih belum dapat dipastikan. - UTUSAN ONLINE