Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa yang merupakan warga Singapura, Ong Hong Woon, 45, retak pada bahu kiri di samping luka di mulut dan patah gigi.

Porsche terbabas, masuk gaung

KEADAAN kereta Porsche 911 milik warga Singapura yang terbabas ke curam sedalam 15 meter di Jalan Aring-Kenyir, Hulu Terengganu semalam. - UTUSAN ONLINE

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, sebelum kejadian kereta berkenaan dikatakan dari Dungun menuju ke Gua Musang.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu kereta itu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan dan jatuh ke dalam curam.

“Mangsa mengalami kecederaan luka pada mulut, gigi patah dan retak bahu kiri,” katanya.

Mohd. Adli berkata, mangsa dihantar ke Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS), Kuala Terengganu untuk menerima rawatan. - UTUSAN ONLINE