ALI AHMAD
ALI AHMAD

Mayat mangsa, Ali Ahmad, 68 beasal dari Skudai Johor, ditemukan pagi tadi oleh pekerja rumah bot pelancong berkenaan yang terus menjalankan kerja-kerja menyelamat sebaik kejadian berlaku sebelum ketibaan anggota polis.

Menurut Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan terdapat kejadian lemas di Sungai Lasir kira-kira pukul 1O pagi.

Katanya, berdasarkan laporan isteri mangsa, Noraini Mohamad, 61, kejadian berlaku ketika dia sekeluarga (termasuk mangsa dan enam kanak-kanak) sedang bercuti di Tasik Kenyir.

“Mereka menaiki sebuah rumah bot pelancong dan apabila tiba di Sungai Lasir, mereka dipindahkan ke sebuah bot gentian kaca berukuran 17 kaki untuk ke kawasan air terjun Lasir (kira-kira 30 meter dari rumah bot).

“Bot itu tiba-tiba terbalik menyebabkan kesemua penumpang terjatuh ke dalam sungai. Kesemua penumpang terbabit berjaya diselamatkan kecuali mangsa yang didapati telah lemas,” ujarnya.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat dan berdasarkan pemeriksaan, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - UTUSAN ONLINE