Kakaknya, Nik Zahirah Azmi berkata, menurut rakan-rakan adiknya, Nik Muhammad Addin dikatakan ke balkoni tersebut untuk menghubungi ibunya selepas selesai menyiapkan tugasan secara berkumpulan.

"Ibu saya tidak menerima sebarang panggilan telefon daripada Nik Muhammad Addin tetapi hanya dimaklumkan mengenai kemalangan yang menimpanya" katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Jenazah Nik Muhammad Addin selamat dikebumikan kira-kira pukul 3 petang ini di Tanah Perkuburan Islam PJS 4 di sini.-UTUSAN ONLINE