Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang petang itu ialah Mohammad Mukhriz Haykel Mohammad Mahayaddin, 16, yang berasal di Taman Ketapang Mawar, Pekan.

Pemandu Proton Saga FLX, Darshan Singh, 49, tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Amran Sidek berkata, sebelum kejadian, pemandu Proton Saga FLX terbabit dalam perjalanan dari Bandar Pekan menghala ke tempat kerja di Taman Perindustrian Automotif Pekan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba terdapat sebuah motosikal keluar dari simpang di sebelah kiri secara mengejut, kereta terbabit telah membrek namun oleh kerana jarak yang terlalu dekat telah terlanggar juga pada bahagian tepi sebelah kanan motosikal itu.

“Penunggang motosikal mengalami kecederaan di kepala dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya di sini hari ini.

Amran berkata, siasatan diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - UTUSAN ONLINE