Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, mangsa, Sachdevf Singh Sunder Singh, 22, disahkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang menaiki kereta Proton Waja bersama dua rakannya dalam perjalanan dari pusat bandar. 
 “Kereta Proton Waja yang dipandu rakan mangsa berusia 22 tahun itu dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar kon pembinaan.

“Kereta terbabit kemudiannya memasuki susur Jalan Klang lama dan terbalik sebelum sebuah Perodua Myvi yang datang dari arah sama tidak sempat membrek lalu merempuh kenderaan dinaiki mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zulkefly, pelanggaran itu menyebabkan mangsa yang berada di tempat duduk penumpang depan parah di kepala sebelum disahkan me­ninggal dunia di lokasi kejadian.

Tambahnya, mayat dibawa ke Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1981,” katanya.