Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Nadzri Hussain berkata, kemalangan berlaku pada pukul 1 pagi selepas motosikal Honda Ex-5 yang ditunggangnya dipercayai terbabas.

“Mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala, tangan kanan, lutut kanan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Tiada saksi bebas namun terdapat Kamera Litar Tertutup (CCTV) di lokasi kejadian,” katanya di sini sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE