Dalam kejadian yang berlaku pukul 7 pagi itu, mangsa Samsalim Babah, 51, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepalanya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Nadzri Hussain berkata, mangsa menunggang motosikal Yamaha Lagenda dipercayai dalam perjalanan menuju ke ibu negara sebelum dilanggar Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati, motosikal mangsa dilanggar oleh kereta tersebut mengakibatkan dia diseret ke bahagian bahu jalan. Mangsa mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Nadzri berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya untuk dikebumikan.

Tambahnya kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE