Mangsa, Muhamad Amin Khalili, 20 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah malam itu, kemalangan dipercayai berpunca daripada sebuah sebuah treler dari arah bertentangan hilang kawalan dan terbalik.

Difahamkan treler membawa muatan cecair kimia mudah terbakar itu menyebabkan pemandu bas cuba mengelak sebelum terbabas lalu merempuh penunggang motosikal itu.

Bagaimanapun kesemua 29 penumpang serta dua pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.42 tengah malam dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan bomba kita mendapati penunggang motosikal tersepit di bawah bas manakala pemandu treler yang cedera sudah dihantar ke Hospital Selayang oleh orang ramai.

“Mangsa yang lain bernasib baik kerana treler yang membawa muatan kimia Butyl Acetate tidak mengalami kebocoran dan terbakar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE