Ketua Polis daerah, Superintenden Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu berlaku ketika Lee Man Long, 43 , dalam perjalanan dari arah Genting Highlands menuju Kuala Lumpur.

“Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum merempuh tembok batu.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohamad Mansor, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan adalah berpunca daripada penunggang yang gagal mengawal kenderaan dan terbabas,” katanya. - UTUSAN ONLINE