Bagaimanapun penerjun Kanada yang dikenali sebagai Aaron Major yang berusia 52 tahun tersebut sempat berpaut pada besi balkoni bangunan 27 tingkat (126 meter tinggi) sebelum memanjatnya untuk menyelamatkan diri.

Residen Bahagian Sibu, Charles Siaw mengesahkan kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 pagi

“Saya ada bercakap dengan beliau selepas insiden itu dan beliau berada dalam keadaan baik. Beliau memberitahu kejadian berlaku kerana posisi badannya yang salah dan bernasib baik dapat berpaut pada besi di balkoni,”katanya melalui aplikasi Whatsapp.

Sibu International Base Jump 2018 edisi ke-10 tahun itu anjuran Pejabat Residen Bahagian Sibu dengan kerjasama Malaysia BASE Association yang telah berjaya menarik penyertaan 34 penerjun antarabangsa tujuh penerjun wanita berakhir petang ini.

Diadakan sejak Jumaat lalu, acara itu adalah untuk menarik pelancong datang ke Bahagian Sibu dan kawasan tengah Sarawak. - BERNAMA