Dalam kejadian kira-kira pukul 8.12 malam itu, Rasydi Rosli, 23, berasal dari Kampung Sena, Meranti dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan ketika kejadian Rasydi dari Rantau Panjang menghala ke Pasir Mas sementara kereta jenis Proton Saga BLM datang dari arah bertentangan.

Setiba di lokasi kejadian, kereta itu dipercayai telah masuk ke laluan bertentangan dan kemudian merempuh motosikal yang ditunggang Rasydi.

Kesan pelanggaran itu, mangsa telah

terpelanting ke bahu jalan sebelah kanan dari arah Pasir Mas ke Rantau Panjang manakala kereta itu telah terbabas ke gaung sebelah kiri laluan dari arah yang sama.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Superintenden Ismail Jusoh berkata, pihaknya kini sedang mengesan pemandu kenderaan itu bagi membantu siasatan berhubung kemalangan itu.

Beliau berkata, pemandu kereta tersebut telah menghilangkan diri selepas kemalangan itu berlaku.

“Bagaimanapun, ketika kita sudah berjaya mengesan nama pemilik kenderaan tersebut iaitu Muhamad Asliza Che Zin yang beralamat di Pangsapuri Danaumas, Jalan Platinum 7/58, Seksyen 7, Shah Alam Selangor.

“Jadi kami minta kerjasama orang ramai yang mengenali pemilik kenderaan itu atau mempunyai maklumat berhubung kemalangan tersebut diminta tampil menghubungi talian 013-9214252,” katanya.

Ujarnya, kerjasama orang ramai ini penting bagi membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE