Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa, Azlan Yahya, 47, jatuh ke dalam gaung setinggi kira-kira 100 meter.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Alimaddia Bukri berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan sejak pukul 6.40 petang.

“Kita difahamkan mangsa tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE