Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, semalam kementerian telah mengarahkan 11 buah sekolah di kawasan tercemar tutup selepas mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan Bencana di Dewan Taman Pasir Putih, Pasir Gudang dan melawat mangsa di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Setelah melihat situasi yang semakin meruncing itu, (semalam) saya telah mengarahkan semua sekolah dalam radius tiga kilometer ditutup serta-merta dan arahan ini melibatkan 11 sekolah secara keseluruhan.

“Malangnya, hari ini saya dimaklumkan keadaan semakin kritikal. Untuk mengelakkan perkara tidak diingini menimpa anak murid dan warga sekolah, saya mengarahkan sebanyak 34 sekolah di sekitar Pasir Gudang ditutup serta-merta pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maszlee berkata, keputusan tersebut juga membenarkan para guru di sekolah berkenaan tidak perlu bertugas kerana keadaan masih berbahaya.

“Saya ingin menegaskan, sejak dari awal kes ini berlaku kementerian bekerjasama erat dengan dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk memastikan keselamatan murid, guru dan pekerja sekolah menjadi keutamaan.

“Kementerian Pendidikan memandang serius isu ini memandangkan ia melibatkan risiko nyawa kepada murid, guru dan pekerja sekolah dan Kementerian Pendidikan menggesa penjenayah yang melakukan kesalahan berat ini dibawa ke muka pengadilan dengan segera,” katanya.

Senarai terkini sekolah yang diarahkan tutup pada 13 Max 2019

1. Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih

2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih

3. SK Pasir Putih

4. SK Tanjung Puteri Resort

5. SMK Tanjung Puteri Resort

6. SK Kota Masai 2

7. SMK Kota Masai 2

8. SK Kota Masai 3

9. SMK Kota Masai

10. SK Kota Masai

11. SK Perigi Acheh

12. Sekolah Agama Kampung Pasir Putih*

13. Sekolah Agama Taman Pasir Putih*

14. SK Scientex

15. SK Taman Mawar

16. SMK Nusa Damai

17. SMK Taman Rinting 1

18. SMK Taman Cendana

19. Sekolah Seni Malaysia

20. SM Scientex

21. SK Taman Bukit Dahlia

22. SK Taman Pasir Gudang 4

23. SK Nusa Damai

24. SK Kopok

25. SK Cahaya Masai

26. SK Taman Cendana

27. SK Taman Rinting 2

28. SK Taman Rinting 3

29. SMK Pasir Gudang 2

30. SM Dato’ Penggawa Timur

31. SMK Pasir Gudang 3

32. SK Masai

33. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pasir Gudang

34. SMK Pasir Gudang 4

*Sekolah Agama Kampung Pasir Putih dan Sekolah Agama Taman Pasir Putih merupakan sekolah di bawah Kerajaan Negeri Johor. - UTUSAN ONLINE