Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, kejadian yang meragut nyawa Muhammad Fakry Sanik, 26, itu berlaku kira-kira pukul 6.30 petang.

“Kejadian berlaku ketika mangsa mencari etak di Sungai Pahang dan terpijak di tempat dalam serta kawasan sedikit berarus. Difahamkan, mangsa tidak pandai berenang.

“Mangsa bekerja di Ladang Ayam Goldkist dan berasal dari Negeri Sembilan,” katanya di sini hari ini.

Wan Samsul Effendi berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum menemukan mangsa tidak jauh dari lokasi kejadian. - UTUSAN ONLINE