Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, mangsa, Muhamad Nasir Abd. Sanip, 25,  yang memandu bersendirian kereta jenis Perodua Kenari dalam perjalanan dari Shah Alam menuju ke rumahnya di Parit 4 Barat, Sungai Besar.


Menurut Muhamad Nasir, sebaik tiba di tempat kejadian, secara tiba-tiba haiwan itu melompat pembahagi jalan dari sebelah kanan jalan masuk ke laluannya.


“Saya terkejut  apabila seekor lembu tiba-tiba melompat pembahagi jalan dari arah kanan dan masuk ke laluan saya. Saya tidak sempat membrek dan terus merempuh haiwan itu. 


“Akibat rempuhan itu, lembu berkenaan tercampak ke bahu kiri jalan manakala kereta saya remuk di bahagian depan termasuk di bahagian bonet manakala cermin hadapan pecah,” katanya di sini hari ini. 


Pada masa sama, Muhammad Nasir turut menyatakan rasa kesal dengan sikap segelintir pemilik ternakan yang membiarkan haiwan mereka berkeliaran pada waktu malam yang mengundang kepada risiko keselamatan kepada orang lain terutamanya para pengguna jalan raya. 


“Apa yang saya kesal, tiada individu yang mengaku lembu itu miliknya. Bukan saja nyawa saya hampir melayang, malah terpaksa menanggung kesakitan dan kos baik pulih kereta,” ujarnya. 


Katanya, laporan polis berhubung kejadian tersebut telah dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam pada pukul 12.23 pagi ini. - UTUSAN ONLINE.