Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Anuar Abas berkata, mangsa yang dikenali sebagai Amirul dilaporkan sesat kira-kira pukul 5  petang ini.

Katanya, mangsa dipercayai terpisah dari kumpulan semasa perjalanan pulang dari pendakian.

“Mangsa telah menyertai ekspedisi pendakian di Gunung Yong Yap secara berkumpulan sebelum dilaporkan sesat.

"Bagaimanapun, mangsa dapat bercakap dan menghubungi rakannya melalui telefon bimbit miliknya tetapi tidak jelas dan kerap terputus.

"Rakan mangsa juga masih berada di gunung berkenaan bagi mencari Amirul yang dipercayai tersesat mencari jalan keluar tetapi kami sukar untuk mengesannya disebabkan tiada maklumat lokasi kehilangannya," katanya di sini hari ini.

Tambah Anuar, operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan oleh tiga orang anggota bomba dan polis di Pondok Polis Lojing.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdullah Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. - UTUSAN ONLINE