Ketibaan Tiong Lai bersama Timbalannya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun di Sri Saujana, Lebuh Maccalum di sini kira - kira pukul 11.40 pagi tadi disambut hiba oleh Swee Bok.

Dalam kejadian kira -kira pukul 6 pagi semalam, ibu Swee Bok, Lau Sai Poh , 62, isterinya, Chen Yen, 35 serta dua anaknya Lim Yin Chun, 9 dan Lim Jia Yiin yang berusia lapan tahun ditemukan rentung selepas rumah teres dua tingkat mereka di Pengkalan Weld di sini terbakar. - UTUSAN ONLINE