Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa tersepit  dan tertimbus muatan batu arang yang dibawa di kedalaman dianggarkan 10 meter.

Kerja-kerja membawa keluar mangsa telah dijalankan oleh pihak bomba selama 3 jam 20 minit dan mangsa disah meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut polis, mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk urusan  bedah siasat. -UTUSAN ONLINE