Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian terbabit pada pukul 1.12 petang dan tiba di lokasi 13 minit kemudian.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dikejarkan ke lokasi kejadian dan laporan awal mendapati kereta tersebut telah terbakar 100 peratus.

“Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE