Mangsa, Muhammad Zamani Miskan, 21, maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa, Choong Koon Kiat, 35, cedera akibat tersepit.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.53 petang sebelum satu jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian melibatkan sebuah kereta Perodua Kelisa dan kereta Mazda iaitu kedua-dua pemandu tersepit di tempat duduk pemandu.

"Anggota bomba melakukan operasi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit. Dalam kejadian sama, dua wanita dan dua kanak-kanak terselamat," katanya dalam satu kenyataan. - UTUSAN ONLINE