Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pemandu maut rempuh pokok

PROTON-POKOK
KENDERAAN jenis Proton Saga FLX yang dipandu mangsa terbabas lalu merempuh sebatang pokok di Jalan Coastal di sini awal pagi ini.-UTUSAN ONLINE

KOTA KINABALU 19 Mei - Seorang pemandu maut manakala rakannya cedera parah selepas kereta jenis Proton Saga FLX yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok di pembahagi Jalan Coastal berdekatan Sutera Harbour di sini awal pagi ini.

Dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 3.45 pagi itu, mangsa, Amiljon Musid, 40, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.


Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah bandar raya Kota Kinabalu dalam perjalanan menuju ke Kepayan di sini.


Katanya, sebaik sahaja tiba di Jalan Coastal berdekatan Sutera Harbour, tiba-tiba kereta mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pokok di pembahagi jalan terbabit.


“Akibat kemalangan itu pemandu yang bekerja sendiri disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang lelaki yang duduk di bahagian depan pula cedera parah pada bahu kanan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Tambah Chandra, pemandu tidak memandu di bawah pengaruh alkohol dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain