Kemalangan tersebut mengorbankan Muhammad Fazil Muhamad, 34, manakala tiga mangsa yang turut menaiki kenderaan sama cedera.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, sekumpulan anggota dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.51 pagi.

Katanya, ketika sampai di lokasi kejadian, didapati kemalangan berlaku membabitkan sebuah lori tangki muatan minyak hitam yang terbabas masuk ke dalam longkang.

“Terdapat seorang mangsa tersepit di dalam kenderaan itu dan operasi mengeluarkannya segera dilakukan namun lelaki terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Tiga mangsa lain yang cedera telah dihantar ke hospital oleh orang awam. Mayat mangsa pula diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.-UTUSAN ONLINE