Dalam nahas pada pukul 7.45 pagi itu, S. Kalaiarasu yang cedera parah akibat tersepit maut di tempat kejadian manakala kelindannya, Palani Deena, 18, cedera di tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, ketika kejadian, kedua-dua buah kenderaan jenis Isuzu dan Hino itu dari arah sama ke utara.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, lori dipandu mangsa telah melanggar bahagian belakang lori lain dan menyebabkan kenderaan itu terheret ke lorong kanan jalan lalu melanggar pembahagi jalan besi.

“Akibat kemalangan itu, pemandu lori jenis Hino itu maut di tempat kejadian dan kelindannya pula cedera manakala pemandu lori syarikat kawalan keselamatan itu luka pada bibir.

“Mayat lelaki terbabit dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. Siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - UTUSAN ONLINE