Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pemandu lori maut tersepit

Bomba keluarkan mangsa kemalangan
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan seorang pemandu lori yang tersepit selepas kenderaan dipandunya melanggar sebuah treler di Kilometer 20.9 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dari Klang menghala ke Sungai Buloh, pagi tadi. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandu melanggar sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 20.9 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dari Klang menghala ke Sungai Buloh, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa, Muhamad Haiqal Hamidan, 24, maut akibat tersepit di dalam lori manakala pemandu treler berusia 52 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, hasil siasatan awal mendapati pemandu lori telah memandu dengan laju sehingga hilang kawalan sebelum melanggar belakang treler yang sedang bergerak perlahan di lorong ketiga.

“Pihak bomba mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan mangsa dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah beliau, siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain