Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pemandu lori cedera tersepit kaki dalam kemalangan

tersepit
ANGGOTA bomba dan pertahanan awam mengeluarkan seorang pemandu lori yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Permatang Batu , Pulau Pinang kira-kira pukul 11 pagi tadi. - UTUSAN

BUKIT MERTAJAM 11 Sept. - Seorang pemandu lori terpaksa menahan kesakitan hampir 20 minit apabila kakinya tersepit selepas kenderaan yang dipandu merempuh belakang sebuah lori treler.

Kemalangan itu yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi tadi di Bulatan Bukit Tengah, Jalan Permatang Batu di sini, turut melibatkan sebuah kereta.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) negeri, Azhar Ahmad berkata, pihaknya berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

“Seorang lagi pemandu lori dan pemandu kereta hanya mengalami kecederaan ringan dan operasi selesai pada pukul 11.45 pagi,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain