Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pemandu diserang sakit jantung selepas langgar motosikal

PULAU PINANG 18 Mei - Seorang lelaki maut akibat serangan jantung selepas kereta yang dipandunya merempuh sebuah motosikal dalam kemalangan di Jalan Paya Terubong di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.20 pagi tadi, mangsa Tio Beng Hwa, 47 , dari Kuala Ketil, Kedah yang memandu kereta jenis Perodua Kancil sedang dalam perjalanan ke arah Farlim, Air Itam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, akibat rempuhan berkenaan, kereta mangsa terbabas ke kanan kalan dan melanggar pembahagi jalan.

" Mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa ke Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia sebaik dirawat di wad kecemasan. Bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah disebabkan serangan jantung," katanya di sini hari ini.

Katanya, penunggang motosikal yang berusia 67 tahun pula hanya mengalami kecederaan ringan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN ONLINE

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain