Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang, mangsa, Mohd. Nazmi Ismail, 29, daripada Kampung Bukit Teriak, Pokok Sena, turut mengadu sakit dada akibat kejadian terbabit.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.18 petang tadi.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, kita mendapati berlaku kejadian tanah runtuh ketika kerja-kerja mengorek tanah dilakukan sehingga menimbus sebuah lori di situ.

LORI yang tertimbus akibat kejadian tanag runtuh di Jalan Tobiar, Pendang, Kedah, hari ini. - UTUSAN

LORI yang tertimbus akibat kejadian tanag runtuh di Jalan Tobiar, Pendang, Kedah, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ihsan JBPM

“Seorang lelaki yang berada di tempat duduk pemandu kenderaan berat itu telah dikeluarkan oleh pekerja kuari tanah di situ sebelum anggota bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zamani berkata, mangsa yang mengalami kecederaan ringan diberi rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar oleh jentera EMRS untuk rawatan lanjut,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE